Pages

Monday, April 11, 2011

Powerpoint Seminar Teknik Menjawab Sejarah STPM Pada 11 April 2011

http://www.ziddu.com/download/14554595/teknikJWBSEJstpm11.ppt.html

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SEJARAH STPM 2011

Tarikh : 11 April 2011
Masa  7.30 - 8.50 am
Tempat : Makmal ICT 2
Sasaran : Pelajar Tingkatan 6 Atas Kelas Perniagaan dan Kelas Sains Sosial
Seminar ini diakhir dengan ucapan penutupan oleh Ketua Bidang Kemanusiaan, Puan Fuziah Hassan

Sunday, April 3, 2011

ANALISIS SOALAN-SOALAN SEJARAH KERTAS 2 STPM TAHUN 2000-2009


ANALISIS SOALAN – SOALAN STPM 2000 – 2009
KERTAS 2

Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur, 1800-1963


Tema 1 Sejarah Malaysia

2001
Huraikan perbezaan antara Adat Perpatih dengan Adat Temenggung yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke-19.

Terangkan bagaimana kuasa raja-raja Melayu diperkukuhkan sebagai kuasa yang tertinggi dalam sistem politik Melayu sebelum kedatangan kuasa Barat.

2002
Terangkan struktur sosial masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan British pada tahun 1874.

Bincangkan Hukum Adat yang diamalkan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebelum campur tangan British.

2004
Bincangkan jenis-jenis hamba dan kesan pemerintahan British terhadap sistem perhambaan di Tanah Melayu.

2005
Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu, golongan pembesar Melayu mempunyai kuasa politik, ekonomi, dan sosial dalam pemerintahan.” bincangkan.

2006
Huraikan struktur masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum tahun 1874.

Masyarakat Melayu sebelum kedatangan British bukanlah masyarakat pertanian semata-mata. Bincangkan.

2007
Bincangkan peranan adat dalam kehidupan masyarakat Melayu sebelum campurtangan British.

2008
Bincangkan peranan pembesar di Pahang sebelum campur tangan British.

2009
Bincangkan pengaruh Islam terhadap kehidupan masyarakat di Tanah Melayu sebelum campur tangan British pada tahun 1874.


Tema 2 Sejarah Malaysia

2000
Bandingkan bentuk pentadbiran kolonial British di Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah dari tahun 1819 hingga tahun 1888.

Bincangkan sebab-sebab perubahan daripada dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan British di negeri-negeri Melayu pada tahun 1874.

2001
Kemunculan masyarakat majmuk di Tanah Melayu dipengaruhi oleh faktor perkembangan perusahaan bijih timah dan getah. Bincangkan.

Huraikan reaksi penduduk pribumi terhadap campur tangan British di Sabah atau Sarawak dari tahun 1850-an hingga tahun 1915.

2002
Jelaskan sebab-sebab penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896.

Kestabilan politik di Tanah Melayu telah mendorong orang Cina dan India berhijrah ke negara ini pada abad ke-19. Bincangkan.

2003
Huraikan perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem pemerintahan beraja dan pembesar Melayu di Perak dari tahun 1874 hingga tahun 1909.

Galurkan perkembangan sistem ekonomi masyarakat Malaysia sehingga akhir abad ke-19.

Bandingkan keadaan politik antara Sungai Ujong dengan Selangor menjelang campur tangan British pada pertengahan tahun 1870-an.

Bincangkan sebab-sebab penentangan terhadap pemerintahan British di Kelantan pada tahun 1915 dan di Terengganu pada tahun 1928.

2004
Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan bijih timah di Negeri-negeri Melayu dari tahun 1840-an hingga 1920-an.

Huraikan kepentingan Perjanjian Persekutuan 1896 dari segi politik dan ekonomi.

2005
Bincangkan ekonomi bercorak komersil di Sarawak pada abad ke-19.

Huraikan bagaimana keluarga Temenggung berkuasa sepenuhnya di Johor pada akhir abad ke-19.

2006
Jelaskan faktor-faktor yang mendorong penghijrahan kaum Cina ke Tanah Melayu dari pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20.

2007
Bincangkan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu hingga tahun 1941.

Bincangkan reaksi masyarakat tempatan terhadap pentadbiran Brooke di Sarawak pada abad ke-19.

2008
Bincangkan kegiatan ekonomi komersil di Sabah pada abad ke-19 hingga awal abad ke-20.

Bincangkan faktor campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada abad ke-19.

Huraikan kesan sosioekonomi sebagai akibat kemasukan orang China dan orang India pada akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20.

2009
Huraikan bentuk pemerintahan baru yang diperkenalkan oleh Dinasti Brooke di Sarawak pada abad ke-19.

Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh British untuk meluaskan pengaruhnya di Negeri-negeri Melayu Utara Tanah Melayu dari tahun 1897 hingga tahun 1909.

Kemunculan masyarakat majmuk di Tanah Melayu dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi perdagangan pada awal abad ke-20. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?



Tema 3 Sejarah Malaysia

2000
Pendudukan Jepun telah berjaya melahirkan satu kesedaran politik yang meluas, lebih tersusun dan bersatu di kalangan barbagai-bagai bangsa selepas tahun 1945”.Bincangkan pernyataan ini.

Jelaskan kesan-kesan penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1905.

Galurkan langkah-langkah yang membawa kepada pembentukan Malaysia

2001
Bincangkan tiga faktor yang membawa kepada pengisytiharan darurat pada tahun 1948. Huraikan lima langkah yang diambil oleh pihak British untuk menamatkan darurat.

2002
Huraikan peranan dan sumbangan golongan intelektual dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu sehingga tahun 1930-an.

2003
Jelaskan mengapa pada peringkat awal Sabah dan Sarawak menolak Gagasan Malaysia.

2004
Bincangkan perjuangan Gerakan islah di Tanah Melayu dari tahun 1906 hingga tahun 1938.


Bincangkan kebangkitan gerakan anti-British yang berlaku di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

Bincangkan alasan-alasan penentangan yang dikemukan oleh kerajaan Indonesia, Filipina dan Brunei berkaitan dengan penubuhan Malaysia.

2005
Bincangkan gerakan anti-Jepun di Malaysia antara tahun 1942 hingga tahun 1945.

Jelaskan usaha yang dilakukan oleh United Malays National Organisation (UMNO) dalam memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.

2006
Bincangkan kesan sosial dan ekonomi akibat pendudukan Jepun di Tanah Melayu dari tahun 1942 hingga 1945.

Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Gerakan Anti Penyerahan Sarawak pada tahun 1946 dan faktor-faktor kegagalan gerakan tersebut.

2007
Bincangkan faktor-faktor yang menyatukan orang Melayu untuk menentang Malayan Union pada tahun 1946.

Bincangkan perkembangan dan peranan persatuan-persatuan Melayu dari tahun 1926 hingga tahun 1937.

2008
Bincangkan usaha kerajaan meningkat penglibatan dan sokongan penduduk tempatan dalam membanteras ancaman komunis dari tahun 1948 hingga tahun 1954.

2009
Bincangkan matlamat dan strategi perjuangan Kaum Muda di Tanah Melayu dari tahun 1906 hingga tahun 1938.


Tema 4 Sejarah Malaysia

2000
Struktur ekonomi Tanah Melayu masih merupakan kesinambungan kepada sistem ekonomi colonial. Bincangkan perubahan-perubahan ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan sehingga tahun 1963.

2001
Huraikan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau, Komanwel, dan antarabangsa dari tahun 1957 hingga tahun 1963.

2002
Huraikan sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963.

2003

Bincangkan dasar pendidikan di Tanah Melayu pada tahun 1957 hingga tahun 1963 dalam usaha membina sebuah negara yang bersatu padu.

2005
Bincangkan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Asia Tenggara (ASA), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dan Komanwel sejak tahun 1957.

2006
Bincangkan kekuatan dan kelemahan dasar luar pro-Barat dan anti-komunis yang diamalkan oleh Tanah Melayu selepas kemerdekaan.

2007
Sabah dan Sarawak mempunyai kedudukan istimewa dalam Persekutuan Malaysia.Jelaskan.

2008
Analisis perkembangan pendidikan di Malaysia dari tahun 1956 hingga tahun 1961.

2009
Bincangkan dasar ekonomi yang dijalankan di Tanah Melayu dari tahun 1956 hingga tahun 1963.



Tema 1 Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur, 1800-1963

2001
Huraikan peranan golongan pembesar dalam sistem sosial Zaman Tokugawa dan Zaman
Manchu pada abad ke-19.

2002
Terangkan sistem pemerintahan beraja di Thailand dan Myanmar (Burma) sebelum kedatangan Barat.

Huraikan struktur masyarakat feudal yang terdapat di negara China dan Jepun sebelum pembukaan kedua-dua negara ini kepada kuasa-kuasa asing.

2003
Huraikan adat yang diamalkan oleh masyarakat China dan Jepun sebelum kedatangan Barat.

Huraikan sistem ekonomi tradisional di Thailand dan di Filipina sebelum kedatangan Barat.

2005
Masyarakat di Asia Tenggara pada awal abad ke-19 berpegang teguh kepada kepercayaan agama”. Bincangkan.

2006
Bandingkan susun lapis masyarakat Vietnam dengan susun lapis masyarakat Jepun pada abad ke-19.


2007
Bandingkan institusi pemerintahan kemaharajaan di China dengan institusi pemerintahan kemaharajaan di Jepun hingga abad ke-19.

2008
Huraikan sistem pemerintahan beraja di Thailand dan China sebelum pengibatan kuasa Barat.

2009
Bincangkan peranan pembesar di Thailand dan Vietnam sebelum peluasan pengaruh Barat.

Bincangkan kegiatan pertanian sara diri di India dan Vietnam sebelum campur tangan Barat.



Tema 2 Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur, 1800-1963


2000
Huraikan kesan sosial akibat campurtangan Barat terhadap kehidupan rakyat Indonesia dan Myammar ( Burma )

Bandingkan tindakbalas china dan jepun dalam menghadapi persaingan kuasa barat dari pertengahan abad ke-19 hingga dekad pertama abad ke 20.

Bandingkan pemodenan Thailand semasa pemerintahan Raja Chulalongkorn(1868-1910) dengan pemodenan Jepun semasa pemerintahan Meiji(1968-1912).

2001
Bincangkan perubahan-perubahan yang nyata akibat campur tangan British di India dan China sehingga mencetuskan Dahagi India pada tahun 1857 dan Pemberontakan Boxer pada tahun 1900.

Bincangkan dasar pintu tertutup yang diamalkan oleh Thailand dan Vietnam pada abad ke-19.

Bincangkan tindak balas masyarakat terhadap kuasa Barat di Filipina dan Indonesia pada abad ke-19.

2002
Huraikan ekonomi komersial di Indonesia dan Thailand selepas kedatangan Barat pada abad ke-19.

Bincangkan reaksi masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat di Vietnam dan Filipina pada abad ke-19.

2003
Bincangkan dasar pengilhakan kuasa-kuasa Barat di Vietnam dan di India pada abad ke-19.

2004
Bandingkan faktor-faktor yang menyebabkan Thailand dapat mengekalkan kedualatannya daripada penjajahan kuasa Barat berbanding dengan negara China pada abad ke-19.

Jelaskan faktor-faktor yang membantu perkembangan pesat ekonomi komersil di Jepun pada abad ke-19.

2005
Sejauh manakah ekonomi menjadi faktor terpenting campur tangan Barat di negara China dan Jepun pada abad ke-19?

Bandingkan tindak balas masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat di Filipina dan India pada abad ke-19.

2006
Bincangkan kesan kedatangan kuasa Barat terhadap perubahan ekonomi di Indonesia dan Filipina.

Analisis kesan hegemoni kuasa Barat terhadap China dan Jepun pada abad ke-19.


2007
Bincangkan kegiatan ekonomi di Indonesia dan Thailand hingga awal abad ke-20.

Pertembungan antara kebudayaan Barat dengan kebudayaan tempatan telah mengakibatkan meletusnya Perang Jawa (1825-1830) dan Dahagi India (1857).Bincangkan

2008
Bincangkan kewujudan masyarakat berbilang kaum di Myanmar dan Indonesia pada abad ke-19.

2009
Bincangkan faktor yang mendorong meletusnya Perang Inggeris-Burma I (1824-1826) dan Perang Candu I (1839-1842).


Tema 3 Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur, 1800-1963

2000
Bincangkan perkembangan-perkembangan di luar Asia Tenggara yang memberi kesan kepada gerakan nasionalisme di Asia Tenggara sebelum, tahun 1930an.

Bandingkan pendekatan pemulihan kuasa memerintah antara Maharaja Tung Chih di China dengan Maharaja Meiji di Jepun.

2001
Huraikan gerakan anti-Jepun di Filipina dan Burma dari tahun 1942 hingga tahun 1945.

2002
Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada meletusnya Revolusi China pada tahun 1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932.

2003
Huraikan mengapa peranan dan pengaruh golongan agama dalam gerakan nasionalisme di Myanmar (Burma) dan di Indonesia mengalami kemerosotan selepas pertengahan tahun 1930-an.

Jelaskan mengapa kehadiran Jepun di Asia Tenggara telah membawa gerakan politik yang berbeza di Thailand dan di Myanmar(Burma).

2004
Huraikan perkembangan pendidikan Barat di Indonesia dan di Thailand dari tahun 1850 hingga Perang Dunia Pertama.

Bincangkan perkembangan organisasi gerakan nasionalisme di Vietnam dari tahun 1913 hingga 1931.

Huraikan corak perjuangan Dr. Sun Yat Sen dalam Revolusi China pada tahun 1911 dan Mahatma Gandhi dalam gerakan nasionalisme di India sebelum tahun 1941.

2005
Bincangkan peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme di Indonesia dan Myanmar (Burma) dari tahun 1900 hingga tahun 1941.

Bincangkan langkah-langkah pemodenan yang dilakukan Raja Chulalongkorn di Thailand dan Raja Mindon Min di Myanmar (Burma).

2006
Bincangkan pengaruh agama terhadap kebangkitan semangat kebangsaan di Indonesia dan Myanmar pada awal abad ke-20.

Bincangkan peristiwa sejak tahun 1940-an yang membawa kemerdekaan India dan Filipina.

2007
Bandingkan perubahan yang dilakukan oleh Raja Mongkut (1851-1868) di Thailand dengan perubahan yang dilakukan oleh Raja Mindon Min (1853-1878) di Myanmar dalam mengekalkan kemerdekaan negara masing-masing.

Bincangkan perjuangan bersenjata yang dilakukan oleh Parti Komunis China (PKC) dan Parti Komunis Indonesia (PKI) hingga pertengahan abad ke-20.

2008
Bincangkan perkembang sistem pendidikan di Filipina dan Jepun pada abad ke-19.

Bandingkan perjuangan antara Partai Nasional Indonesia dengan Kongress Kebangsaan India dalam gerakan nasionalisme hingga tahun 1941.

Usaha pemodenan di Jepun pada pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20 lebih berjaya berbanding dengan usaha pemodenan di China. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini?

2009

Sejauh manakah agama dan bahasa memainkan peranan dalam menyatukan bangsa Indonesia dan India pada abad ke-20?

Bincangan perjuangan Jose Rizal dalam gerakan nasionalisme di Filipina dan Dr. Sun Yat Sen dalam Revolusi China pada tahun 1911.



Tema 4 Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur, 1800-1963


2000
Bagaimanakah pertubuhan serantau dan antarabangsa membantu negara Asia Tenggara yang baru merdeka?

2001
Bandingkan ciri pemerintahan republic antara China dengan Indonesia dari tahu 1949 hingga tahun 1960.

2002
Bincangkan persamaan dan perbezaan dasar luar negara China dan India dari tahun 1948 hingga tahun 1963.

2003
Jelaskan perkembangan politik yang berlaku di China dan Jepun, setelah tamatnya Perang Dunia Kedua.

2004
Bandingkan dasar luar Vietnam dengan dasar luar Indonesia dari tahun 1945 hingga 1963.

2005
Huraikan bagaimana Amerika Syarikat berjaya mengukuhkan fahaman demokrasi dalam pentadbiran negara Filipina (1935-1946) dan Jepun (1945-1952).

2006
Bincangkan dasar luar Thailand dan dasar luar Indonesia selepas Perang Dunia Kedua.

2007
Bincangkan dasar luar yang diamalkan oleh Pakistan dan China selepas Perang Dunia Kedua hingga tahun 1963.

2008
Bincangkan usaha pembangunan ekonomi dan sosial yang dilaksanakan di Filipina dan Vietnam dari tahun 1945 hingga tahun 1963.

2009
Bandingkan dasar luar Thailand dengan dasar luar Jepun selepas Perang Dunia Kedua hingga tahun 1963.

Saturday, March 26, 2011

Nota Rujukan Untuk Latihan Jadual Pengurusan Grafik Sejarah Malaysia STPM Tema 3


TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

FAKTOR 2 PENCETUS GERAKAN NASIONALISME DI MALAYSIA

Faktor yang mendorong kepada nasionalisme

1. Agama

Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, masyarakat Melayu terutamanya yang tinggal di bandar-bandar berasa tidak puas hati dengan keadaan ekonomi, sosial dan politik mereka. Mereka mulai sedar bahawa kedudukan ekonomi dan sosial terancam sebab adanya masyarakat dari luar, iaitu kaum imigran seperti Cina dan India. Oleh yang demikian, orang Melayu sedar bahawa mereka perlu bertindak bagi membawa perkembangan ekonomi dan sosial ke atas masyarakat mereka supaya tidak lagi mundur dalam bidang tersebut.

Kesedaran ini telah melahirkan kumpulan-kumpulan kecil yang berpengaruh dalam masyarakat Melayu untuk memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan sosial. Kesedaran ini melahirkan 3 golongan di bandar-bandar untuk memperjuangkan kepentingan masyarakat Melayu pada awal abad ke-20. Antara ketiga-tiga golongan ini, golongan yang berpendidikan Arab memainkan peranan penting dalam gerakan Pemulihan Islam di kalangan masyarakat Melayu. Mereka berpendidikan Arab dan melanjutkan pengajian Islam ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir. Golongan berpendidikan Arab ini yang mula-mula sekali menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap keadaan ekonomi dan sosial orang Melayu pada masa itu. Mereka dari golongan ini hampir keseluruhannya memperoleh pelajaran dari Timur Tengah dan terpengaruh dengan gerakan pemulihan yang berlaku di sana. Golongan ini menerima pelajaran dan inspirasi dari gerakan pemulihan Islam moden dan gerakan Pan-Islamisme yang diasaskan pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 oleh Imam Syeikh Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin al-Afghani.

Di antara penuntut-penuntut Melayu yang membawa pengaruh dari Timur Tengah ialah Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin, Syed Syeikh Ahmad al-Hadi, Haji Abbass Muhammad Taha dan Syeikh Mohammad Salim al-Kalali. Sekembalinya dari Timur Tengah khasnya dari Mesir ke tanah air pada awal abad ke-20, mereka telah berkhidmat dalam jabatan agama di negeri-negeri Melayu. Oleh sebab fahaman mereka berkenaan ajaran agama Islam baru dan agak berlainan dengan fahaman seperti kepercayaan bidaah dan khurafat yang sedia berakar umbi di negeri-negeri Melayu, mereka mendapat tentangan daripada golongan ulama tua yang kolok dan ortodoks. Golongan ortodoks ini memusuhi bukan setakat fahaman baru dalam agama, tetapi juga memusuhi perjuangan nasionalisme Melayu yang dibawa dan dirancang oleh revolusioner ini. Mengikut revolusioner ini, Islam memerlukan perubahan dan penafsiran baru dan sesuai untuk menghadapi cabaran dunia yang menghadapi perkembangan pesat.


2. Bahasa dan kesusasteraan
Akhbar-akhbar tempatan telah memuatkan puisi, cerpen dan novel untuk membangkitkan semangat kebangsaan.

Puisi Omar Mustaffa yang tersiar dalam Utusan Melayu keluaran 18 Januari 1913 menggesa orang Melayu supaya rajin bekerja dan jangan membiarkan kekayaan diambil oleh bangsa lain. Selain itu, terdapat juga puisi lain seperti Sedarlah oleh Mahmud Ahmadi, Semenanjung oleh Harun Aminurashid (1919), Seruan Kebangsaan oleh Melati Pahang (1937) yang menggesa orang Melayu mencari ilmu dan Serunai Pujangga oleh Anum (1940) yang menggesa orang Melayu bersikap berani dan sanggup berkorban.

Selain puisi, novel juga dikarangkan untuk membangkitkan semangat kebangsaan. Antaranya ialah Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Syeikh al-Hadi (1925) yang mencadangkan wanita perlu diberi pendidikan, Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurashid (1930), Putera Gunung Tahan oleh Haji Muhammad yang mengecam British melalui kisah lucu dengan tujuan memupuk semangat cinta akan negara, hidup maju dan bebas daripada penjajahan dan Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad (1941) menyeru orang Melayu berjuang mencapai kemajuan.

Cerpen merupakan cerita pendek yang mempunyai masihat. Kebanyakan cerpen menyeru rakyat bekerja untuk kemajuan dan kemerdekaan negara. Di antara cerpen yang terkenal ialah Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai yang menyeru orang Melayu supaya rajin bekerja; Anak Dibuat Demal, Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang dan Siasat Yang Tiada Diminta yang ditulis oleh Shamsuddin Salleh; Rumah Besar Tiang Sebatang oleh Ishak Haji Mahmud yang menyeru orang Melayu menbenci dan menentang penjajahan British. Melalui cerpen yang disiarkan, para pembaca akan mengetahui dasar perjuangan yang hendak disampaikan.

3. Kewartawanan

Akhbar dan majalah memainkan peranan penting menyedarkan penduduk di Tanah Melayu. Akhbar berperanan menyalurkan pendapat tokoh-tokoh perjuangan kepada masyarakat. Tulisan dalam akhbar dan majalah memberikan kesedaran kepada penduduk Tanah Melayu mengenai kemajuan. Pengaruh dari akhbar dan majalah dapat menyebarkan semangat kebangsaan di kalangan pembacanya.

a. Al-Imam

Akhbar al-Imam diterbitkan pada 23 Julai 1906 di Singapura. Akhbar ini diterbitkan oleh golongan kaum muda yang dipimpin oleh Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Muhammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass Mohammad Taha.
Matlamat kaum muda ialah menyampaikan pandangan dan fikiran baru mengenai Islam untuk kemajuan masyarakat. Al-Imam bertujuan membangkitkan kesedaran orang Melayu mengenai kemunduran dan menggesa mereka berusaha mencapai kemajuan sosial dan ekonomi. Matlamat al-Imam ialah:

·         Membangkitkan kesedaran orang Melayu mengenai kemunduran.
·         Menggesa orang Melayu berusaha mencapai kemajuan sosial dan ekonomi.
·         Menyeru umat Islam mengubah sikap dan kembali kepada ajaran Islam yang
berasaskan Hadith dan Al-Quran
·         Menggesa umat Islam supaya jangan mencampurkan ajaran Islam dengan adat resam, kepercayaan dan amalan kolot.
·         Menyeru umat Islam bersatu memelihara negara daripada dijajah oleh musuh.
·         Menyeru umat Islam mengkaji sejarah Islam dan sejarah negara untuk mendapat pengajaran.
Mengharapkan umat Islam mengkaji sejarah perkembangan Islam dan sejarah
            negara yang maju supaya mendapat kesedaran untuk mencapai kemajuan.

Walaupun al-Imam telah membangkitkan kesedaran masyarakat Melayu tentang pentingnya kemajuan sosial dan ekonomi tetapi ia tidak dapat mencapai kemajuan yang cemerlang. Hal ini adalah disebabkan kegiatan mereka mendapat tentangan hebat daripada majalah keluaran kaum tua seperti Pengasoh (1918-1937). Hasilnya, al-Imam telah menamatkan penerbitannya pada bulan Disember 1908 selepas diterbitkan sebanyak 31 keluaran. Perjuangan al-Imam diteruskan oleh Neracha (1910), Tunas Melayu (1913), al-Islam (1914), al-Ikhwan (1926) dan Saudara (1928).

b. Saudara

Akhbar Saudara diterbitkan pada bulan Julai 1928 oleh Syed Syeikh al-Hadi. Akhbar ini meneruskan perjuangan kaum muda untuk memajukan masyarakat Islam melalui
pembaharuan. Akhbar ini disokong oleh akhbar al-Ikhwan, Idaran Zaman dan Semangat Islam. Akhbar ini ditentang pula oleh Lidah Benar dan Suara Benar yang diterbitkan oleh kaum tua. Pada tahun 1930-an, akhbar Saudara membangkitkan kesedaran politik. Saudara menyeru umat Islam mempertahankan kebebasan negara. Orang Melayu digesa berusaha dan menjaga negara daripada dikuasai oleh orang asing. Saudara memulakan ruangan Sahabat Pena pada 29 September 1934. Ruangan ini kemudian ditukarkan kepada ruangan Persaudaraan Sahabat Pena. Tujuan ruangan ini ialah untuk menimbulkan minat membaca dan mengeratkan persaudaraan di kalangan masyarakat Melayu. Ruangan ini mendapat sambutan yang memuaskan hingga kegiatannya disiasat oleh polis cawangan khas.

c. Idaran Zaman

Idaran Zaman merupakan suratkhabar kaum muda yang pertama. Ia diterbitkan di Pulau Pinang pada tahun 1925 dan berlanjutan sehingga tahun 1930. Idaran Zaman diasaskan dan dikarangkan oleh Mohammad Yunus bin Abdul Hamid, kawan karib Syed Syeikh al-Hadi. Idaran Zaman ialah suratkhabar mingguan yang menitikberatkan pembaharuan- pembaharuan agama Islam. Sebarannya agak luas di seluruh Tanah Melayu terutamanya di negeri-negeri Melayu di Utara dan Barat.
d. Al-Ikhwan

Al-Ikhwan pula diterbitkan dan dikarang oleh Syed Syeikh al-Hadi sendiri. Ia diterbitkan dari tahun 1926 hingga tahun 1931. Al-Ikhwan benar-benar menyarankan pembaharuan agama Islam. Ia telah meneruskan perjuangan al-Imam. Al-Ikhwan mempunyai banyak persamaan dengan al-Imam bukan sahaja dalam cara penulisan dan isi kandungannya malah hingga menyiarkan beberapa rencana yang pernah tersiar dalam al-Imam, seperti taksiran al-Quran dan sejarah Islam.

e. Utusan Melayu

Utusan Melayu diterbitkan pada tahun 1939. Pengarangnya yang pertama ialah Rahim Kajai. Pengarangnya yang terkenal ialah Ishak Haji Muhammad atau dkenali sebagai Pak Sako. Beliau banyak menulis mengenai orang Melayu di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Beliau menyeru orang Melayu supaya bersatu-padu dan menguatkan semangat kebangsaan. Akhbar ini menjadi lambing perpaduan dan kegigihan orang Melayu. Bangsa Melayu diminta berusaha dengan gigih untuk kemajuan. Pendidikan diutamakan demi mencapai kemajuan. Penerbitan akhbar ini diusahakan sepenuhnya oleh orang Melayu. Orang Melayu diseru menyertai pertubuhan politik untuk memperjuangkan hak mereka. Ruangan istimewanya melapurkan kegiatan pertubuhan politik orang Melayu. Penerbitan Utusan Melayu turut menerbitkan 2 akhbar yang lain iaitu Utusan Zaman dan Mastika.

4. Sistem pendidikan

Sistem pendidikan pada zaman ini juga mendorong kepada perkembangan gerakan
nasionalisme. Sekolah-sekolah agama telah didirikan di Singapura, Melaka dan Pulau
Pinang. Di Negeri-negeri Melayu, sekolah agama didirikan di Teluk Intan (Perak), Kuala Terengganu dan Muar (Johor). Sekolah agama yang penting di Singapura ialah Madrasah al- Iqbal al-Islamiyah, di Melaka ialah Madrasah al-Hadi dan di Pulau Pinang ialah Madrasah al-Masyor. Sistem persekolahan sekolah ini mengikut sistem yang terdapat di Mesir dan di Barat seperti yang dijalankan di Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah di Singapura. Di samping itu, Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dan Maktab Melayu Kuala Kangsar juga bertanggungjawab membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan penuntut-penuntut. MPSI ditubuhkan pada tahun 1922. Ia merupakan institusi latihan guru-guru Melayu bagi sekolah-sekolah Melayu. MPSI telah menerbitkan majalah-majalah seperti Cendera Mata (1923) dan majalah Guru (1924) untuk menyalurkan pendapat penuntut maktab ini.

5. Golongan intelektual

Perkembangan pendidikan di Tanah Melayu telah melahirkan satu golongan intelektual terpelajar. Golongan terpelajar ini telah terpengaruh dengan idea-idea dan falsafah-falsafah politik seperti demokrasi, liberalisme, sistem parlimen dan perlembagaan serta nasionalisme. Golongan terpelajar yang dimaksudkan ialah Raja Chulan, Eunos bin Abdullah dan Dato’ Onn bin Jaafar. Mereka diberi peluang berkhidmat dengan kerajaan. Raja Chulan (Raja Dihilir Perak) yang menjadi ahli Majlis Pusat memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu. Dato’ Onn bin Jaafar dari Johor menerbitkan akhbar Warta Malaya dan Lembaga Melayu. Akhbar-akhbar ini menyalurkan bidasan dan kritikan yang pedas terhadap pentadbiran Inggeris. Beliau mengadakan rapat umum untuk menyelar pentadbiran Inggeris.

Selain itu, graduan-graduan dari MPSI telah menubuhkan Persatuan Sastera Melayu (1923) untuk menggalakkan pertumbuhan sastera Melayu. Karya-karya yang diterbitkan oleh ahli- ahli persatuan ini telah membangkitkan perasaan nasionalisme di kalangan masyarakat Melayu. Novel berjudul Melor Kuala Lumpur, hasil karya Harun bin Mohammad Amin menunjukkan bagaimana orang Melayu boleh maju. Karya-karya sastera ini menumbulkan perasaan nasionalisme. Pada tahun 1929 dan 1930, Ibrahim Yaacob semasa di MPSI menubuhkan 2 buah pertubuhan bercorak politik. Pertubuhan-pertubuhan ini ialah “Ikatan Semenanjung Borneo” dan “Ikatan Pemuda Pelajar”. Ikatan Pemuda Pelajar khususnya mempunyai tujuan untuk menyebarkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu supaya mereka sedar akan nasib buruk bangsa mereka.

6. Pengaruh luar

a. Gerakan Pemulihan Islam di Mesir
Gerakan Pemulihan Islam bermula di Mesir sejak tahun 1850. Gerakan ini dipimpin oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Syeikh Muhammad
Abduh dilahirkan di Mesir pada tahun 1829 dan mendapat ijazah dari Universiti al- Azhar. Beliau menjadi Mufti Besar dari tahun 1899 hingga beliau meninggal dunia pada tahun 1905. Matlamat-matlamat Gerakan Pemulihan Islam ialah:
·         Memperjuangkan konsep Pan-Islamisme, iaitu penyatuan umat Islam di seluruh Dunia
·         Membebaskan agama Islam daripada kepercayaan kolot dan ortodoks yang tiada kaitannya dengan ajaran Islam yang sebenar.
·         Memulihkan agama Islam mengikut ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran dan Hadith.
·         Mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial mengikut al-Quran dan
·         Hadith.
·         Membebaskan negara Islam dari pengaruh penjajahan Barat.

Konsep Gerakan Pemulihan Islam telah memberi ilham kepada pelajar-pelajar Melayu
yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir untuk berjuang di negara sendiri. Pelajar- pelajar yang berpendidikan Arab dari Mesir pulang ke Tanah Melayu dan menjadi pelopor Gerakan Islah-Islam. Tokoh-tokoh terkenal ialah Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass bin Mohammad Taha. Mereka menyebarkan idea-idea Islam-Islamiah atau pemulihan agama Islam serta konsep Pan-Islamisme di kalangan kaum Melayu menerusi majalah al-Imam.

b. Gerakan di Turki
Gerakan Pan-Islam

Perkembangan di Turki mempengaruhi umat Islam di Tanah Melayu. Sultan Turki dianggap sebagai Khalifah (pemimpin Islam). Gerakan Pan-Islam ialah gerakan untuk menyatukan umat Islam di dunia di bawah Empayar Turki atau Empayar Uthmaniyah. Gerakan Pan-Islam mahu menentang penjajahan Barat dan menghapuskan kepercayaan kuno yang bertentangan dengan ajaran Islam. Empayar Turki ditubuhkan oleh Usman pada tahun 1300. Ulama Syeikh Haji Wan Ahmad dari Pattani ingin menyatukan Kelantan dan Pattani. Beliau ingin menentang Siam dan menubuhkan Kerajaan Islam di bawah naungan Turki tetapi gagal. Pahang mendapatkan bantuan Turki (1890-an) untuk menghalau British tetapi gagal. Mehemet Kiamil Bey cuba mengembangkan pengaruh Pan-Islam di Johor tetapi gagal.

Semasa Perang Dunia Pertama, Turki dan Jerman berpakat menentang kuasa Berikat. Umat Islam di Tanah Melayu sangat menghormati Empayar Turki dan segala perkembangan di Turki mempengaruhi mereka. Turki mengisytiharkan peperangan jihad terhadap kuasa Berikat (Amerika Syarikat, Britain dan Perancis). British cuba menyekat berita dari luar tetapi gagal. Masih ada berita yang sampai ke Tanah Melayu melalui suratkhabar dan surat peribadi pejuang-pejuang Pan- Islam. Pejuang Islam di Singapura, iaitu Kassim Ismail Mansur dan Nur Alam Syah mempengaruhi dasar India yang beragama Islam melancarkan dahagi. Askar-askar India diberikan keyakinan bahawa pakatan Jerman-Turki akan menang dalam Perang Dunia Pertama. Pada bulan Februari, askar India melancarkan dahagi di Singapura, tetapi dapat dihapuskan oleh askar British. Askar-askar India Berjaya membunuh lebih 40 orang British dan hampir berjaya menakluki Singapura.
Gerakan Khilafat

Pakatan di antara Jerman-Turki tewas dalam Perang Dunia Pertama. British cuba menguasai Turki. Orang Islam di India membentuk Gerakan Khilafat untuk mengekalkan kuasa Turki dan sistem Khilafat. Gerakan Khilafat yang ditubuhkan di Singapura dikawal rapi oleh British.
 Gerakan Turki Muda

Golongan Turki Muda yang dipimpin oleh Mustapha Kamal Attaturk bergerak untuk memodenkan Turki. Golongan Turki Muda menyebarkan semangat kebangsaan di Turki. Turki diisytiharkan sebagai Republik pada tahun 1923 dan sistem Khilafat dimansuhkan. Abdul Kadir Adabi mengecam gerakan Turki Muda kerana memasuhkan sistem Khilafat. Golongan Turki Muda dikatakan tidak mementingkan agama dan undang-undang Islam dalam perkembangannya. Abdul Kadir Adabi atau Abdul Kadir bin Ahmad adalah seorang penulis dari Kelantan. Akhbar Pengasoh, al-Ikhwan dan Saudara turut menyiarkan tentangan terhadap Turki Muda. Namun demikian, terdapat pandangan yang baik mengenai Turki Muda, iaitu mereka membangkitkan semangat kebangsaan di Turki, ekonomi Turki dikuasai semula oleh orang Turki dan bukan oleh orang Yahudi dan Kerajaan Turki memberikan peluang yang luas kepada rakyat untuk menguasai bidang ekonomi.

Kegiatan Turki Muda memberikan perangsang kepada golongan Kaum Muda di Tanah Melayu untuk menentang penguasaan British. Kaum Muda di Tanah Melayu telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938 untuk bergiat dalam politik.

c. Pengaruh dari Jepun

Sejak tahun 1868, Jepun muncul sebagai negara yang moden dan kuat. Pemimpin- pemimpin Meiji seperti Maharaja Mutsushito telah memodenkan negara Jepun. Jepun
mengubahsuai teknologi Barat untuk kegunaannya. Jepun berjaya menewaskan Negara China dalam Perang China-Jepun pada 1894-1895. Pada tahun 1905, Jepun
menewaskan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun. Kejayaan Jepun menjadikannya kuasa baru yang kuat di dunia. Kejayaan tersebut membuktikan bahawa orang Barat dapat ditewaskan oleh orang Asia. Kejayaan Jepun menjadi pendorong kepada penduduk Tanah Melayu untuk menentang penjajahan.

d. Pengaruh di Indonesia
Sarekat Islam

Sarekat Dagang Islam diasaskan oleh Raden Mas Tirtoadisoeryo pada tahun 1909. Nama Sarekat Dagang Islam ditukar kepada Sarekat Islam pada tahun 1912. Sarekat Islam ialah parti politik yang pertama di Indonesia. Pemimpin Sarekat Islam yang terkenal ialah Omar Said Tjokroaminoto dan Agus Salim. Agama Islam menjadi faktor utama menyatukan orang Islam di Indonesia supaya menentang penjajah Belanda. Cawangan Sarekat Islam di Johor ditubuhkan oleh Haji Ibrahim bin Sidin dari Singapura. Cawangan Sarekat Islam di Johor tidak mendapat sambutan yang memuaskan. Penentangan terhadap British di Terengganu (1928) dimulakan oleh Syarikatul Islam yang diketuai oleh Sayid Muhammad dari Johor.

Pertubuhan sulit ini berpengaruh kuat di Beserah hingga ke Kemaman. Sayid Muhammad dipercayai ingin meluaskan cawangan Sarekat Islam di Terengganu. Pengaruh Sarekat Islam tersebar ke Tanah Melayu pada 1920-an melalui ceramah dan kelas agama oleh guru-guru agama dari Sumatera. Akhbar Sinaran Zaman dan Idaran Zaman yang diterbitkan oleh Syed Syeikh al-Hadi menceritakan perjuangan Sarekat Islam. Syed Syeikh al-Hadi mengambil Mohammad Yunus bin AbdulHamid menjadi pengarang di akhbarnya. Mohammad Yunus adalah ahli Sarekat Islam dan penerbit akhbar Sinaran Zaman di Sumatera.
 Parti Komunis Indonesia (PKI)

PKI diasaskan oleh Semaun, Tan Malaka dan Darsono pada tahun 1920. Kebanyakan orang Melayu tidak menyertai PKI kerana ajaran komunis yang bertentangan dengan agama Islam. Ahli-ahli PKI termasuk Tan Malaka cuba menyebarkan fahaman komunis di Singapura tetapi tidak berhasil. Tan Malaka berpendapat bahawa orang Melayu sukar dipengaruhi kerana mereka berfahaman konservatif. Sutan Jenin dari Sumatera dapat mengembangkan pengaruh Komunis
di Tanah Melayu pada tahun 1930-an.
Parti Nasional Indonesia (PNI)

PNI diasaskan oleh Sukarno dan Sartono pada tahun 1927. Pemuda-pemuda Indonesia memperjuangkan kebebasan mereka melalui tulisan, pergerakan social dan kebudayaan. Pelajar MPSI dipengaruhi oleh perjuangan PNI yang mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan penjajah. Dasar tidak bekerjasama ini telah diamalkan oleh pejuang nasionalis di India yang diketuai oleh Mahatma Gandhi. PNI mengamalkan ideology yang menganjurkan revolusi untuk menggulingkan kerajaan Belanda. Pengaruh dari luar yang tersebar melalui majalah dan akhbar dapat membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu.

Mereka berjuang untuk memajukan bidang sosial, ekonomi dan politik orang Melayu. Penduduk Tanah Melayu menguatkan semangat dan bersatu padu untuk melepaskan diri daripada kuasa penjajah.

Tahap-tahap gerakan nasionalisme

1. Agama (1906-1926)

Pergerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada dasarnya dipengaruhi oleh perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam Islam. Perubahan besar tentang pandangan dan fikiran telah bermula di Mesir dan Turki iaitu pusat pengajian tinggi Islam yang utama ketika itu.
Berbagai-bagai pembaharuan dan pandangan yang lebih moden dan sesuai dengan keadaan zaman telah dilahirkan di Mesir oleh Sheikh Mohammad Abduh dan Jamaluddin al-Afghani. Mereka telah melahirkan gerakan Pan-Islamism. Di Turki pula muncul Mustapha Kamal Attaturk (1880-1936) dan dibawah pimpinannya, negara Turki sedang mengalami proses pemodenan. Mereka sedar bahawa Islam memerlukan perubahan dan penafsiran baru dan sesuai untuk menghadapi cabaran dunia yang menghadapi perkembangan pesat.

Di peringkat permulaan, pelajar-pelajar Islam yang melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kesedaran di kalangan orang- orang Melayu. Pengaruh Pan-Islamism di Mesir dan penodenan negara Turki telah member kesan yang mendalam dalam jiwa pelajar-pelajar Islam dari Tanah Melayu dan juga Indonesia yang telah menubuhkan persatuan yang diberi nama Perkumpulan Indonesia- Malaya (Perpindom). Mereka bercita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Malaya- Indonesia yang merdeka dan berdaulat.

Antara pelajar-pelajar Islam terkenal ialah Sheikh Mohammad Tahir Jalaluddin, Syed
Sheikh Ahmad al-Hadi dan Sheikh Muhammad Salim. Sheikh Mohammad Tahir dan Ahmad al-Hadi pulang ke Tanah Melayu dalam tahun 1904. Mereka terkenal sebagai golongan terpengaruh dengan ajaran Mohammad Abduh. Mereka yang digelar “Golongan Muda (Kaum Muda)” telah ditentang oleh “Golongan Tua (Kaum Tua)” yang tidak mahu menerima pendapat mereka. Kaum Tua telah menuduh Kaum Muda sebagai golongan yang telah menyeleweng. Pertentangan antara keduanya sampai kemuncaknya hinggakan beberapa orang pegawai dari Kaum Muda di Negeri-negeri Melayu terpaksa meletak jawatan lalu berpindah ke Negeri Selat. Ketika ini Kaum Tua mempunyai kedudukan yang kuat kerana ramai dari mereka telah menjadi mufti dan kadi kerajaan. Dengan menggunakan pengaruh mereka, tulisan dari Kaum Muda telah dilarang bawa masuk ke negeri-negeri Melayu seperti yang terjadi kepada majalah al-Manar.

Di Negeri Selat, mereka telah menjalankan kegiatan-kegiatan mereka dengan mendirikan sekolah agama dan menerbitkan majalah serta akhbar. Antara majalah dan akhbar yang memuatkan tulisan Kaum Muda ialah al-Imam (1906), Neracha (1911), al-Manar (1914), al-Ikhwan (1926) dan Saudara (1928). Melalui majalah dan akhbar tersebut terutamanya al-Imam dimasukkan tidak sahaja soal-soal agama malah disentuh perkara mengenai kemunduran orang Melayu dan pentingnya pelajaran termasuk ilmu pengetahuan baru.

Perjuangan Kaum Muda ternyata mendapat sokongan kuat dari pelajar Islam yang
masih menuntut di Timur Tengah. Mereka telah menulis dalam majalah Seruan Azhar (1925- 1928) dan Pilihan Timur (1927-1929) termasuk semangat Islam. Tujuan mereka yang utama ialah mengadakan satu gerakan Pan-Islamism yang bersifat anti penjajah dan penyatuan Tanah Melayu-Indonesia.

2. Sosioekonomi (1926-1936)

Sungguhpun golongan agama menjadi pendorong kepada gerakan kebangsaan di peringkat awalnya tetapi pengaruhnya mulai mesorot terutama dalam tahun-tahun 1920-an disebabkan munculnya pemimpin-pemimpin yang mendapat didikan Melayu dan Inggeris. Mereka adalah lepasan dari Maktab Melayu Kuala Kangsar yang ditubuhkan dalam tahun 1905 dan dari Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim yang ditubuhkan dalam tahun 1922.
Selain maktab ini, banyak sekolah lain telah didirikan seperti Penang Free School (1816), Singapore Free School yang kemudian dikenal sebagai Raffles Institution (1823), Malacca Free School (1826), St. John Institution di Kuala Lumpur (1905), King Edward VII Medical College di Singapura (1905) dan Raffles College (1928).

Pemimpin-pemimpin Melayu lulusan MPSI merupakan golongan yang radikal. Mereka mendapat pengaruh dari perjuangan pemimpin Indonesia dalam meninggikan taraf ekonomi dan penguasaan politik. Di Indonesia telah didirikan Budi Utomo dalam tahun
1908, Parti Sarekat Islam dalam tahun 1912, Parti Komunis Indonesia dalam tahun 1921 dan Parti Nasional Indonesia dalam tahun 1927.

Selain itu, pemimpin Melayu mendapat pengajaran dari peristiwa yang berlaku dalam negeri iaitu pergolakan di kalangan orang Cina. Pada tahun 1927 telah berlaku perpecahan antara Kuomintang dengan Parti Komunis China. Perpecahan ini telah
menimbulkan pertentangan di kalangan orang Cina termasuk di Tanah Melayu sendiri.
Keadaan ini menyebabkan ramai orang Cina mengubah fikiran untuk menetap di sini dan menjadikan Tanah Melayu sebagai tanahair mereka. Mereka mula menuntut supaya mereka diberi hak dan keistimewaan. Peristiwa tersebut telah menyedarkan orang Melayu untuk mempertahankan kedudukan dan kepentingan mereka.

Kegiatan pemimpin Melayu terutama pelajar MPSI bertambah giat apabila mereka
mempunyai hubungan dengan pemimpin Indonesia dari Parti Komunis Indonesia yang telah melarikan diri ke Tanah Melayu selepas parti itu gagal melancarkan revolusi bersenjata dalam tahun 1926-1927. Di antara mereka yang melarikan diri ke Tanah Melayu ialah Tan Malaka, Alimin, Musso, Semaun, Darsono, Sutan Jenin, Mukhtar Lufti dan lain-lain lagi. Pengaruh mereka sangat besar kepada perjuangan pemimpin-pemimpin di Tanah Melayu seperti Ibrahim Yaacob.

MPSI telah meluaskan kegiatannya dengan menubuhkan Ikatan Pemuda Pelajar (IPP) dalam tahun 1929 dan Ikatan Semenanjung-Borneo (ISB) dalam tahun 1930. Tujuan
penubuhan IPP ialah menyebarkan semangat di kalangan orang Melayu agar mereka sedar dan insaf akan nasib bangsa. Sementara ISB telah memperjuangkan konsep yang menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia dalam “Indonesia Raya”. Konsep ini telah diperjuangkan oleh Ibrahim Yaacob, Hassan Haji Manan dan Yaacob Muhammad Amin.

Gerakan pelajar MPSI telah menimbulkan kebimbangan kepada pemerintah Inggeris.
Kegiatan mereka telah diawasi dan akhirnya pemerintah Inggeris mengambil langkah-
langkah untuk melumpuhkan kegiatan mereka. Pensyarah-pensyarah MPSI yang terlibat dengan gerakan politik telah ditukarkan ke tempat-tempat lain supaya ia tidak dapat mempengaruhi pelajar-pelajar baru. Selepas tahun 1931, kegiatan politik di MPSI menjadi lumpuh.

Berbeza dengan pemimpin yang mendapat didikan Barat, mereka lebih bersifat
sederhana dan bekerjasama dengan pemerintah Inggeris. Mereka memperjuangkan
kedudukan orang Melayu dengan menuntut supaya pemerintah Inggeris membaiki taraf ekonomi orang Melayu, memberi peluang kepada orang Melayu dalam perkhidmatan awam dan mengikuti pelajaran tinggi di universiti seperti di England. Di antara mereka ialah Raja Chulan, Dato’ Abdullah Haji Dahah dan Dato’ Onn bin Jaafar. Raja Chulan dan Dato’ Abdullah adalah anggota Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) dan muncul sebagai pejuang kebajian orang Melayu. Dalam MMP, mereka telah membantah kemasukan orang asing. Dato’ Onn pula dilantik menjadi anggota Dewan Perundangan Negeri Johor dan telah mendesak supaya diberi jaminan bahawa beliau diberi kebebasan bersuara dan bertindak demi kebajikan orang Melayu.

Di Singapura usaha-usaha untuk membela nasib orang Melayu telah diperjuangkan
oleh Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Abdullah Kadir dan Embuh Suluh. Dalam bulan Mei 1926, mereka telah menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura (KMS). KMS
memperjuangkan kedudukan orang Melayu yang masih mundur dalam semua bidang.
Mohammad Eunos Abdullah menuntut agar kedudukan orang Melayu yang sedikit bilangannya dilindungi. Perjuangan beliau telah mendapat perhatian dan akhirnya dalam tahun 1929, pemerintah Inggeris telah menyediakan satu kawasan khas bagi orang Melayu. Kawasan itu dikenal dengan nama Kampung Melayu.

Penubuhan KMS telah memberi ilham kepada beberapa pemimpin di Negeri-negeri
Melayu dan hasilnya beberapa kesatuan telah ditubuhkan. Di Selangor telah ditubuhkan Kesatuan Melayu Selangor oleh Raja Sir Iuda, di Pahang ditubuhkan Kesatuan Melayu Pahang oleh Tengku Muhammad Ibn Sultan Ahmad dan Dato’ Hussein bin Mohammad Taib, di Negeri Sembilan pula ditubuhkan Kesatuan Melayu Negeri Sembilan oleh Tengku Mohammad Nasir.

Pengaruh KMS begitu luas sehinggakan cawangannya telah ditubuhkan di Melaka dan Pulau Pinang dalam tahun 1937. Walau bagaimanapun, sehingga tahun 1937, perjuangan golongan sederhana itu tidak berasaskan kepada mana-mana pertubuhan politik. Kegiatan yang bersifat sederhana itu telah mendapat perhatian dari pemerintah Inggeris. Kesan perjuangan mereka telah terbukti dalam tahun-tahun 1930-an apabila Gabenor Cecil Clementi Smith merangkap Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, melaksanakan rancangan desentralisasi yang menunjukkan sikap menyebelahi Negeri-negeri Melayu dan orang Melayu.

3. Politik (1937-1941)

Pergolakan politik di Indonesia telah memberi perangsang kepada pemimpin-pemimpin Melayu terutama yang bersifat radikal untuk bergiat lebih aktif. Oleh sebab itu, pada awal tahun 1938, Ibrahim Yaacub dan Ishak Haji Muhammad dengan bantuan Onan Haji Siraj, pensyarah Maktab Teknik Kuala Lumpur, serta Mustaffa Haji Hessein, pensyarah Pertanian Serdang, telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang merupakan parti politik Melayu yang radikal. Perjuangan KMM ialah mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu dan bersatu dengan Indonesia dalam lengkungan Indonesia-Raya. Ternyata perjuangan KMM yang terlalu radikal tidak dipersetujui oleh beberapa pemimpin KMM sendiri seperti Ishak Haji Muhammad. Beliau berpendapat KMM hendaklah lebih memperjuangkan hakBBistimewa orang Melayu dalam pentadbiran, pelajaran dan ekonomi supaya orang Melayu tidak tertindas oleh orang mendatang.
Pada 6 Ogos 1939, semua kesatuan Melayu telah mengadakan satu kongres di Kuala
Lumpur dan hasil dari kongres itu telah ditubuhkan sebuah persatuan kebangsaan yang diberi nama Persatuan Melayu Se-Malaya. Pengerusinya ialah Tengku Ismail bin Tengku Mohammad Yasin, pemimpin yang terkenal ketika itu. Walau bagaimanapun, persatuan itu masih bersifat bekerjasama dengan Inggeris dan konservatif. Dalam bulan Disember 1940, sekali lagi kongres diadakan di Singapura dan turut hadir sekali